Hari tu... 23/9/10.. pegi tolong.. angkat kawan punya motor... Kita pun berangan la juga.Ahad, 26 September 2010
Rabu, 15 September 2010
Aidil Fitri 2010- Day 1st Raya in Bahrain
Isnin, 23 Ogos 2010
Pertemuan dan Perpisahan
Sememangnya sesuatu pertemuan semestinya berakhir dengan perpisahan... terharu ... antaranya Hj Ismail setelah 3 thn berkhidmat disini ...pulang ke Malaysia pada 19/08/10. Sdr Mazli pada hujung 8/10.Megat Maz pd 2/8/10. Kedatangannya ke Bahrain 2 tahun lepas satu flight dgn penulis. Md Zulrusdi..9/9/10, setelah 3 thn disini. Sama2 kita doa samaada kita di Malaysia atau di Bahrain semoga kejayaan sentiasa bersama kita... Amin...
Khamis, 15 Julai 2010
Perusahaan Membuat Kerepok- Kuala Besut
Lokasi berhampiran dengan Klinik Kesihatan Kuala Besut, Terengganu. Dah namapun kepok Nganu Kita.
Nilah Logonya, Alamat penuhnya.... Hasnah Hassan Lot 35, Depan Pusat Kesihatan Besar, 22300, Kuala Besut Terengganu. Tel : 09-6919440. Emailnya org kg masih belum mampu.
Inilah proses membuat kerepok yg gambarnya tidak mengikut susunan. Pandai2lah susun sendiri.
Mengukus.
Mengisar.
Mengatur sebelum dijemur.

Menengok.

Sedang dijemur.
Biasanya hanya tahu makan sahaja. Teruja dengan peluang untuk melihat sendiri cara2 membuat kerepok. Tanpa segan silu penulis mengambil gambar2 dan mempromosikan kerepok buatan separa mesin ini. Kami dapat special price hari tu. Harap perusahaan mak cik ni bertambah maju... Amin...*Yg dlm gambar tu bukan owner, pelakon je.
Ahad, 23 Mei 2010
Birthday Azarina (Jiran sebelah)
Selasa, 18 Mei 2010
Rabu, 31 Mac 2010
Maksud mengimarahkan masjid- Please!
Dalam bab ni aku tabik kat orang2 Bahrain, walaupun negerinya sekangkang kera tapi usaha untuk memperkenalkan Islam secara positif sangat bagus. Di bawanya mat dan minah saleh keliling masjid untuk diberi penerangan tentang Islam. Setiap hari ada saja kelas2 tajwid, bahasa arab, tafsir dll... berkaitan dgn Islam disusun rapi utk sapa2 yg minat. Tiada pula yuran dikenakan.
Cubalah tengok masjid tempat kita... waktu sembahyang je boleh jumpa pak iman. Lepas tu pak iman balik rumah. Buat hal dia. Seingat aku kerajaan ada bayar elaun(tak tahu la cukup ke tak) utk pak iman...hah itulah tugasnya -mengimarahkan masjid... Kalau takat nak mengimankan sembahyang fardu, aku rasa ramai dikalangan makmun yang hadir pun boleh! dan yang penting berapa org pula yg terkeluar dari landasan setiap hari ditempat kita... jangan marah... nanti kena jual...
Langgan:
Catatan (Atom)














