Rabu, 31 Mac 2010

Maksud mengimarahkan masjid- Please!

Maafkan aku kerana ingin membandingkan maksud mengimarahkan masjid di Bahrain dan Malaysia. (Gambar ini adalah Masjid Al Fateh, masjid negara) Apatah lagi idea ini bukannya datang dari Al-Azhar. Setahu aku mengimarahkan masjid ialah memakmurkan masjid dengan majlis-majlis ilmu. Majlis ilmu pula tidak semestinya datang hanya mendengar ceramah sesekali saja.(Itulah yang aku perhatikan kat tempat kita).

Dalam bab ni aku tabik kat orang2 Bahrain, walaupun negerinya sekangkang kera tapi usaha untuk memperkenalkan Islam secara positif sangat bagus. Di bawanya mat dan minah saleh keliling masjid untuk diberi penerangan tentang Islam. Setiap hari ada saja kelas2 tajwid, bahasa arab, tafsir dll... berkaitan dgn Islam disusun rapi utk sapa2 yg minat. Tiada pula yuran dikenakan.
Kelas2 ini dikendalikan oleh iman2 masjid dan sukarelawan/wati. Setiap selepas sembahyang jumaat sekurang2nya 1 org mengucap kalimat syahadat di masjid tempat aku sembahyang, begitu juga dgn masjid2 lain.
Cubalah tengok masjid tempat kita... waktu sembahyang je boleh jumpa pak iman. Lepas tu pak iman balik rumah. Buat hal dia. Seingat aku kerajaan ada bayar elaun(tak tahu la cukup ke tak) utk pak iman...hah itulah tugasnya -mengimarahkan masjid... Kalau takat nak mengimankan sembahyang fardu, aku rasa ramai dikalangan makmun yang hadir pun boleh! dan yang penting berapa org pula yg terkeluar dari landasan setiap hari ditempat kita... jangan marah... nanti kena jual...


Tiada ulasan: