Isnin, 23 Ogos 2010

Pertemuan dan Perpisahan

Sememangnya sesuatu pertemuan semestinya berakhir dengan perpisahan... terharu ... antaranya Hj Ismail setelah 3 thn berkhidmat disini ...pulang ke Malaysia pada 19/08/10. Sdr Mazli pada hujung 8/10.
Ramai2 bergambar...


Megat Maz pd 2/8/10. Kedatangannya ke Bahrain 2 tahun lepas satu flight dgn penulis. Md Zulrusdi..9/9/10, setelah 3 thn disini. Sama2 kita doa samaada kita di Malaysia atau di Bahrain semoga kejayaan sentiasa bersama kita... Amin...

Khamis, 15 Julai 2010

Perusahaan Membuat Kerepok- Kuala Besut

Lokasi berhampiran dengan Klinik Kesihatan Kuala Besut, Terengganu. Dah namapun kepok Nganu Kita.

Nilah Logonya, Alamat penuhnya.... Hasnah Hassan Lot 35, Depan Pusat Kesihatan Besar, 22300, Kuala Besut Terengganu. Tel : 09-6919440. Emailnya org kg masih belum mampu.
Inilah proses membuat kerepok yg gambarnya tidak mengikut susunan. Pandai2lah susun sendiri.



Mengukus.


Mengisar.





Mengatur sebelum dijemur.





Menengok.






Sedang dijemur.






Biasanya hanya tahu makan sahaja. Teruja dengan peluang untuk melihat sendiri cara2 membuat kerepok. Tanpa segan silu penulis mengambil gambar2 dan mempromosikan kerepok buatan separa mesin ini. Kami dapat special price hari tu. Harap perusahaan mak cik ni bertambah maju... Amin...
*Yg dlm gambar tu bukan owner, pelakon je.







Ahad, 23 Mei 2010

Birthday Azarina (Jiran sebelah)

Minggu ni pergi birthday jiran. Dia ni cucu pada cikgu kat Discover Islam.
Happening jugaklah...maklumlah arg cap berwang.

Selasa, 18 Mei 2010

Take Care



Dah lama tak update, blog ni... Sibuk sangat...

Rabu, 31 Mac 2010

Maksud mengimarahkan masjid- Please!

Maafkan aku kerana ingin membandingkan maksud mengimarahkan masjid di Bahrain dan Malaysia. (Gambar ini adalah Masjid Al Fateh, masjid negara) Apatah lagi idea ini bukannya datang dari Al-Azhar. Setahu aku mengimarahkan masjid ialah memakmurkan masjid dengan majlis-majlis ilmu. Majlis ilmu pula tidak semestinya datang hanya mendengar ceramah sesekali saja.(Itulah yang aku perhatikan kat tempat kita).

Dalam bab ni aku tabik kat orang2 Bahrain, walaupun negerinya sekangkang kera tapi usaha untuk memperkenalkan Islam secara positif sangat bagus. Di bawanya mat dan minah saleh keliling masjid untuk diberi penerangan tentang Islam. Setiap hari ada saja kelas2 tajwid, bahasa arab, tafsir dll... berkaitan dgn Islam disusun rapi utk sapa2 yg minat. Tiada pula yuran dikenakan.
Kelas2 ini dikendalikan oleh iman2 masjid dan sukarelawan/wati. Setiap selepas sembahyang jumaat sekurang2nya 1 org mengucap kalimat syahadat di masjid tempat aku sembahyang, begitu juga dgn masjid2 lain.
Cubalah tengok masjid tempat kita... waktu sembahyang je boleh jumpa pak iman. Lepas tu pak iman balik rumah. Buat hal dia. Seingat aku kerajaan ada bayar elaun(tak tahu la cukup ke tak) utk pak iman...hah itulah tugasnya -mengimarahkan masjid... Kalau takat nak mengimankan sembahyang fardu, aku rasa ramai dikalangan makmun yang hadir pun boleh! dan yang penting berapa org pula yg terkeluar dari landasan setiap hari ditempat kita... jangan marah... nanti kena jual...


Isnin, 15 Februari 2010

Perusahaan Membuat Sardin- Made in Bahrain

Inilah bisness baru. Membuat sardin cara manual. Bahan2nya seperti dalam gambar. Rasanya memang best.
Kalau dikira untuk bisness memang tak menguntungkan. Tapi itulah fardu kifayah, untuk memastikan kawan-kawan kat Bahrain mendapat sardin yang halallan toyyibah.




Lihatlah hasilnya, ini setelah dimasak berjam lamanya dengan api perlahan.

Rabu, 20 Januari 2010

Bahrain Fort Visit


Lokasinya di Senabis berhampiran pantai. Setiap negara mestilah ada sejarahnya sendiri. Negara2 terdahulu sememangnya berteraskan kekuatan ketenteraan dan kubu2 pertahanan adalah menjadi keutamaan sebelum bangunan lain dibina.
Kesan dari itu maka hanya kubu2 yang menjadi peninggalan lama yg boleh diukir sejarah daripada itu.

Kita genarasi yg terkemudian bersyukur krn hidup selepas zaman2 kegelapan dan peperangan.


Dizaman yg mengamalkan hukum rimba sudah semestinya tidak sesuai sekarang. Apa yg penting bukalah fikiran anda, lihatlah dunia.