Rabu, 31 Mac 2010

Maksud mengimarahkan masjid- Please!

Maafkan aku kerana ingin membandingkan maksud mengimarahkan masjid di Bahrain dan Malaysia. (Gambar ini adalah Masjid Al Fateh, masjid negara) Apatah lagi idea ini bukannya datang dari Al-Azhar. Setahu aku mengimarahkan masjid ialah memakmurkan masjid dengan majlis-majlis ilmu. Majlis ilmu pula tidak semestinya datang hanya mendengar ceramah sesekali saja.(Itulah yang aku perhatikan kat tempat kita).

Dalam bab ni aku tabik kat orang2 Bahrain, walaupun negerinya sekangkang kera tapi usaha untuk memperkenalkan Islam secara positif sangat bagus. Di bawanya mat dan minah saleh keliling masjid untuk diberi penerangan tentang Islam. Setiap hari ada saja kelas2 tajwid, bahasa arab, tafsir dll... berkaitan dgn Islam disusun rapi utk sapa2 yg minat. Tiada pula yuran dikenakan.
Kelas2 ini dikendalikan oleh iman2 masjid dan sukarelawan/wati. Setiap selepas sembahyang jumaat sekurang2nya 1 org mengucap kalimat syahadat di masjid tempat aku sembahyang, begitu juga dgn masjid2 lain.
Cubalah tengok masjid tempat kita... waktu sembahyang je boleh jumpa pak iman. Lepas tu pak iman balik rumah. Buat hal dia. Seingat aku kerajaan ada bayar elaun(tak tahu la cukup ke tak) utk pak iman...hah itulah tugasnya -mengimarahkan masjid... Kalau takat nak mengimankan sembahyang fardu, aku rasa ramai dikalangan makmun yang hadir pun boleh! dan yang penting berapa org pula yg terkeluar dari landasan setiap hari ditempat kita... jangan marah... nanti kena jual...


Isnin, 15 Februari 2010

Perusahaan Membuat Sardin- Made in Bahrain

Inilah bisness baru. Membuat sardin cara manual. Bahan2nya seperti dalam gambar. Rasanya memang best.
Kalau dikira untuk bisness memang tak menguntungkan. Tapi itulah fardu kifayah, untuk memastikan kawan-kawan kat Bahrain mendapat sardin yang halallan toyyibah.




Lihatlah hasilnya, ini setelah dimasak berjam lamanya dengan api perlahan.

Rabu, 20 Januari 2010

Bahrain Fort Visit


Lokasinya di Senabis berhampiran pantai. Setiap negara mestilah ada sejarahnya sendiri. Negara2 terdahulu sememangnya berteraskan kekuatan ketenteraan dan kubu2 pertahanan adalah menjadi keutamaan sebelum bangunan lain dibina.
Kesan dari itu maka hanya kubu2 yang menjadi peninggalan lama yg boleh diukir sejarah daripada itu.

Kita genarasi yg terkemudian bersyukur krn hidup selepas zaman2 kegelapan dan peperangan.


Dizaman yg mengamalkan hukum rimba sudah semestinya tidak sesuai sekarang. Apa yg penting bukalah fikiran anda, lihatlah dunia.


Selasa, 19 Januari 2010

Perjalanan ke Dukhan, Qatar

Perjalanan dari Doha ke Dukhan yang jaraknya l/kurang 90 km hanya mengambil masa 1 jam. Dengan jalan 4 lorong dan speed track merata-rata disepanjang lebuhraya menyebabkan mata mudah mengantuk. Untuk recod lebuhraya ini dibina oleh Gamuda (Kontraktor Malaysia) dengan standard lebuhraya yang hampir sama dengan Malaysia. Menyusuri lebuhraya ini tidak ubah seperti anda berada di PLUS highway.
Dengan information signs, warning signs dan directional sign yang dipasang mengikut specifikasi yang tepat pasti anda tidak akan tersesat disini.
Ini terbukti buat pertama kali kami memandu disini terus ke Dukhan, tiba tepat pada masanya.


Kawan kami En Tajul yang kerja kat QP nampaknya gumbira sekali menyambut kedatangan kami dan terus menjemput kerumahnya di Dukhan Compound Area. Boleh tahan area rumah diarong ni!


Rabu, 13 Januari 2010

Doha, Qatar Zoo Visit


Inilah Doha Zoo yg aku kira agak baik juga utk dilawati. Bolehlah bebudak kenali binatang2.

Tiket 5 Riyal dewasa dan 2 Riyal kanak.





Binatang kat sini semuanya mersa pelanggan, jinak belaka. Cuma guard je sombong sikit.

















Isnin, 4 Januari 2010

Al-Sadd Sport Club and Villague

Mungkinkah sama Old Trafford Stadium, at Sir Matt Busby Way- MU punya? Tapi ini sebenarnya Al-Sadd Sport Club. Boleh tahan cantik. Yang penting, segala kemudahan bersukan adalah percuma...

Ini salah satu stadium yang digunakan masa Asian Games 2006 dulu. Berkonsep spider-design with cabling system amat menarik utk dipelajari. Tapi ingat kalau silap sikit... kat Ganu kita system yg macam ni lah yg bedebom menyembah bumi.

Nilah permandangan didlm carefour baru diaorg.










Ma'saed Beach- Qatar



Concrete barrier ini utk menghalang kenderaan dari menghampiri pantai. Logo UEM tu biarlah staff nya yang terangkan.


Ini tempat perkhemahan dimusim sejuk.

Inilah permainan nya- panjat sand dunes dan terjun kebawah. Katanya seronok sangat. Ke pendalaman lagi, lagi mencabar dan boleh tersesat jika tiada GPRS. Tiada kemampuan hamba utk bermain dgn mainan desert ni.



Dengan kete Honda Jazz, hanya mampu ambil gambar didepan resort aje.