Khamis, 5 Mac 2009

Hujan emas di negeri orang (01/03/09)




Memang hujan disini ibarat la emas, kerana amat sukar untuk turun dari langit. Kalau ada guruh dilangit air dalam tempayan dicurah jangan. Pantun melayu itu sgt signifikan utk hujan disini. Kerana hujan.... jalan jadi bersih, safety net kat construction color coklat bertukar hijau, kabusnya kuning kembali cerah. Ibarat kemarau setahun, hujan sehari. Sembahyang pun boleh dijamakkan.
Banyak kemalangan berlaku pada hari tu, itu sudah aku jangka kerana penampilan pemandu2 disini hebat2 belaka.




Di KL, aku terbaca dlm online ramai yang berduka kerana kete mereka ditenggelami banjir. Kesian mereka yek. Menjadi mangsa akibat kelembapan dan kealpaan pihak2 tertentu menguruskan air hujan. Sudah sekian lama masalah ni diabaikan. Semuanya sibuk dgn kerja2 lain... "Nak buat macam mana bang"







Aku juga risau pasal kg. aku kat Besut. Memang dulu selalu banjir. Tapi sejak kerajaan dah dalamkan saliran dulu, banjir dah dikira zero. Hujan banjir bertukar kehujan rahmat. Tapi skg ni tak tahu la, semua yg berhormat sibuk... Apa ni nak dimaintainkan parit kat Besut. Yg kat KL pun tak terbuat, ha...ha...ha...
Mereka lebih gemor melawat mangsa2 banjir, bagi sumbangan sikit, pastu bergambo(Itu duit kerajaan beb). Tu kira nasi sudah jadi bubur. Suka sgt tunjuk baik.
Pepatah melayu berkata, sediakan payung sebelum hujan, itulah paling penting. Ni hujan sikit, dah tak dapat dihubungi .. Sekian utk kelas peribahasa melayu. He...he...he...







Tiada ulasan: