Khamis, 12 Februari 2009

The Tree of Life - Bahrain

Tempat ni memang bersejarah bagi diorang. Pokoknya macam asam jawa je. Yang aku tak faham, kalau dah tahu tempat ni penting dan bersejarah pasal tak buat jalan elok sikit. Orang datang punyalah ramai nak menengok pokok tu. Pastu boleh pulak jual berger ke, pekena goreng pisang kerepok lekor panas baru piau. Ini kering je...










The Tree of Life (Arabic: شجرة الحياة; transliterated: Shajarat al-Hayah) is a 400-year old mesquite tree in Bahrain that is considered a natural wonder.[1] This unique tree stands alone in the desert about 2 kilometres (1.2 mi) from the Jebel Dukhan, the highest point in Bahrain.[2]
The source of water for this tree remains a mystery because it stands in a place completely free of water.[3].
The tree is mentioned in the movie L.A. Story.[4]








Ahad, 8 Februari 2009

Sehari di Durrat Al Bahrain

Berkunjung ke show unit Durrat Al bahrain tak ubah seperti show unit di Cyberjaya M'sia pada masa kegemilangannya thn 2000 dulu. Disambut mesra oleh wakil penjual disini dan siap dengan welcome drink lagi.


Sesungguhnya memang cantik decoration sesebuah modern unit yang sudah tentu aku belum mampu memilikinya.





Lokasinya di tempat paling selatan Bahrain jauh dari kesibukan kota. Dengan tanah reclaim membentuk pulau2 yang sangat cantik. Samada pantun Melayu boleh pakai ke tak.., kalau berumah ditepi pantai,...
Sebahagianya telah siap dan sedia untuk dibeli. He...he... he... tengok saje.






Rabu, 4 Februari 2009

Majlis Masyarakat Syiah di Bahrain

Dikesempatan yang ada aku menghadiri majlis seorg bapa kepada j/teknik yang meninggal dunia. 90% yg hadir meratapi pemergiannya. Aku juga turut sedih kerana yang hidup pasti mati suatu masa nanti. Ini adalah kuih kacang+gula. Manis juga.



Inilah jemput2(cok kodok) +air gula.

Inilah suasana masjid dibahagian luar. Apa perasaan anda? Ada berani ke? He...he...he...


Percayalah

Ini adalah antara deretan kereta kia dan hyundai yg digunakan oleh Sungwon (Korean Company)di Bahrain. Kat belakang ni ada lagi beberapa buah bas hyundai. Itulah dia org Korea, depa nak pakai barang dari negara depa je. Yo semangat gila. he...he...

Don't Block the Junction

Ni sebahagian dari kempen mengenai tabii org sini. Suka sgt mengulur kepala pas tu tak lepas. Pas tu jam.


Isnin, 2 Februari 2009

Bahrain Int Airport -Departure




Inilah departure area airport kat sini. Lebih kurang Subang Airport je. Benda2 lain aku tak reti nak describe, kena tengok dan rasa sendiri. Gambar ni aku ambil ketika menghantar mertua Mazli ke Kul.

Khamis, 22 Januari 2009

Sekitar Lawatan Pak Lah di Bahrain

Sebagai penghormatan kepada Pak Lah sempena dengan lawatan beliau ke Bahrain 19/01/09, empunya blog ini memberi laluan cerita beliau sebagai pembuka tahun 2009. Gambar ini dirakam dirumah Malaysia, Al-Jasra.
Gambar tertera ialah Duta Besar Malaysia ke Bahrain dan Pak Lah masing2 dengan isteri.
Pak Lah memberi ucapan, antara intipati ucapannya ialah; visa kepada rakyat Malaysia akan ditambah dari 2 minggu ke 3 bulan. Penerbangan terus dari Kul-Bah, mungkin Airasia, satu perkembangan yang baik.

Duta Besar memberi ucapan alu-aluan kepada Pak Lah dan tetamu yang hadir. Kawanni pulak kyusuk mendengar.

Tiga orang ni warga Malaysia, kerja Bahrain. Dikiri dan kanan ex-Opus. He...he...he...Yang tengah tu bekas pemain bola...
Sedang menghabiskan kambing2 dalam talam besar.

Pak Lah dan Menteri kabinet sedang menjamu selera.

Ramai juga yang hadir, semangat Malaysia kuat.

Q nak ambik kambing dalam talam dan segala jenis makanan