Khamis, 28 Mei 2009

Setahun Sudah Berlalu di Bahrain

"Pertama sekali kita semestinya berterimakasih kepada mak bapak kita kerana melahirkan kita dinegara Malaysia. Tak kira dengan harta atau tanpa harta berjuta". Petikan kata-kata kawan aku, dari Hj Ismail Omar. Bila difikir ada betulnya selain kita bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga Islam warganegara juga penting. Kalau kita tersilap tempat lahir kadang kita terpaksa menjadi buruh kasar walaupun punyai ijazah berjela.




Tanggal 2 haribulan Ogos 2009, maka genaplah setahun aku menabur bakti untuk negara orang demi mencari rezeki halal didunia ini. Maka setahunlah juga aku meninggallkan company lama aku Opus(M). Masih segar dalam memori aku pahit manis berada di Opus, ketika buat overview slope inspection kat Elite Hwy bersama Mat Nor dan Abu, bagai nak pengsan panjat slope setinggi lebih 100m. Site visit dengan Joe Kazmin untuk P2X seterusnya dengan Zaini Madi, Nik Ariff, Zaki dan Syai untuk kerja pavement dan slope. Sebelum itu akulah antara orang yang terawal masuk kesite Cyberjaya, yang sebelum itu hanya dipenuhi pokok kelapa sawit. Sekarang Cyberjaya sudah menjadi salah satu bandar IT tersohor didunia.
Ada pula majlis hari raya. Sesekali aku rasa tidak salah untuk sekadar menoleh kebelakang. Bernastogia bersama kekawan lama.
Walaupun berjauhan dengan negara Malaysia aku masih lagi mampu membaca paper online setiap pagi sebelum memulakan tugas harian. Perkembangan politik tanah air yang tak pernah surut dengan cerita-cerita panas menjadi pilihan.

Dalam setahun ni sumbangan aku kepada Kem. Kerja Raya Bahrain dalam memperkenalkan sistem2 baru di ministry ni ada la juga. Walaupun berbagai halangan terpaksa aku lalui. Kalau hang pa tanya, best ke kerja kat sini.

Sesungguhnya Malaysia 10 kali bagus lagi dari Bahrain walau dari segi mana pun. Dari segi environment, sini panas sampai 51'c dan sejuk hingga 10'c. Extreme! Orang2 kat sini pun sama, tiada yang pertengahan. Tiada pokok hijau melainkan padang pasir dan bangunan saja. Teknologipun jauh terkebelakang begitu juga cara pemikiran mereka. Kedegilan kontraktor dan "kepintaran" konsultant bermain dengan ayat2 menyebabkan aku terpaksa menjadi berani untuk berdepan dengan kerenah mereka.
Tiada pemantauan makanan halal disini. Kita sendiri mau ingat. Tiada JAIS, tiada penguatkuasa sehingga pandu kereta laju mana pun kira ok. Patutlah negara2 diorang macam tu. Sebab dia punya gaya pun macam tu. Apa aku nak katakan masa depan diaorang akan terus-terusan macam tu sehingga bila tak tahu la...

Menyusuri jalan2 disini mengingatkan aku bagaimana kehidupan kaum quraish yang dizaman nabi seperti yang diceritakan dalam sejarah. Tiada perbezaan dgn apa yang aku fikirkan dulu. Kepayahan untuk hidup, bergerak dari satu tempat ketempat tanpa jalan raya, tanpa sumber air, tanpa apa yang boleh ditanam kecuali kurma. Itulah kehidupan mereka. Sudah lali dengan kepayahan dan sekarang datang pula kemewahan untuk sebahagian orang maka banyaklah yang lupa diri... bawa kete tanpa pedulikan pejalan kaki dan pemandu lain. Akupun nyaris dilanggar dan pernah terjatuh kerana mengelak dari dilanggar tengoklah betapa cuainya mereka dan betapa alpanya aku kerana lupa aku bukannya di M'sia.

Tak banyak pencapaian sepanjang setahun aku di sini. Hanya kejayaan peribadi (orang kata syok sendiri). Jika boleh aku senaraikan, Dec 2008 aku berjaya memandu kereta dari Bahrain melalui Saudi ke Amman, Jordan dan singgah di Madinah sebelum pulang ke Bahrain. Pada Mac 2009, aku mula belajar bahasa Arab. 1 Mei 2009, aku berjaya mengerjakan umrah. Bukan untuk dibanggakan cuma untuk mengingatkan diri sendiri. Kepada anak-anak buah aku hanya satu pesan aku "Allah jadikan kita manusia, maka jadikan manusia seperti kehendaknya".
Kepada anak buah aku yang merasakan dirinya selalu gagal, biar berapa banyak kegagalan yang kita lalui, tapi biarlah ianya menjadi simpanan untuk cubaan kali kedua atau keberapa. Bila kita berjaya org. tidak akan bertanya itu cubaan kali keberapa. Ok ,aklan likhad.

Isnin, 11 Mei 2009

Masjidil Haram Perlu Penuh Kesabaran


Inilah kaabah. Tak sangka aku telah sampai disini. Suasana hangatnya bahang mentari sedikitpun tidak mematahkan semangat umat Islam untuk tawaf disini.









Dimana2 saja bahasa Melayu digunakan. Ini yang sempat aku ambil.







Danial Raziq sentiasa tidak melepaskan peluang untuk bergambar dihadapan kaabah.















Inilah pemandangan dari Jabal Rahmah.















Sapa2 yg berminat naik unta berhias boleh try kat sini. Seperti biasa Danial Raziq tidak melepaskan peluang naik motor power rangersnya.






Inilah tempat melontar di tiga jamrah yang terletak di Mina. Proses pembesaran hampir siap.





Ini pula jabal Nur dimana terletak Gua Hira' diatasnya. Ambil masa 2 jam untuk naik dan 1 1/2 jam untuk turun. Suasana terik mentari dan jauh dari jalan besar memaksa aku tidak menghampiri jabal ini.






Perjalanan Tulus ke Madinah

Ini adalah pintu hadapan sekali dimana kita boleh melawat Makam Nabi Muhammad dan 2 sahabatnya.
Tiga papan tanda diletakkan di perkuburan syuhada Uhud bersebelahan dgn bukit Uhud. Bahasa Melayu diberi pengiktirafan disini.

Suasana diMasjid Nabawi sememanya tenang dan cantik. Mempunyai 7 menara.
Pasar kurma macam pasar biasa saja. Macam kurma ada. Semuanya cakap melayu bila tengok muka org M'sia.






Suasana didalam Masjid Nabawi cukup tenang dan indah.
Ini pula suasana bila bas rombongan rosak ditepi lebuhraya Saudia. Semua org nak turun tengok. Anak aku seronok sakan.