Letaknya hanya 50m dari persimpangan Kota Madinah. Memasuki kota ini terasa tenang walaupun dikala musim haji.Tiada kelam kabut.
Teruja dengan keindahan masjid ini barangkali Draziq, 'empunya' blog ini dapat berlari2 hingga kemimbar masjid dan memanjat pagar makam nabi dan hampir melepasinya. Dikala itu terpaksa aku membawanya keluar dari masjid.
Inilah permandangan didalam Masjid Nabawi yang berjaya aku rakam.
Inilah Petra, Jordan. Bagi aku ia tak lebih dari tempat org dulu-dulu tinggal dalam gua berserta ukiran. Aku rasalah kalau geologist datang sini dia ngangis tengok batuan disini. Lapisan2 batuan terbentuk berjuta tahun. Kota ini ada kaitan dengan kaum Nabi Lut yang kuat-kuat belaka. Aku nampak dia org masih lagi mencari kot-kot masih ada lagi harta karun yang tertinggal. Indiana Jones pun buat pengambaran disini.
Inilah lawatan ke Ajlun Castle, Jordan. Naik bukit disini boleh tahan tingginya. Kalau kurang stamina boleh muntah hijau. Tiang Roman kat rumah anda tu berasal dari sinilah(namanya saja). Setiap kerusi kat theatre nipun sudahpun bernombor pada masa dulu. Kira canggih juga le org dulu-dulu.
Hi Geng! At last, sampai juga kami kat Amman City, Jordan. Capri Hotel itulah tempat kita org lepak. 1st place, apa lagi. Dead Sea lah. Semua teruja tengok laut. Tengok negara Israel disebelah sana. Aku berjaya juga mencelup kaki ke dead sea tu. Aku dah rasa air nya masim pahit.
Majlis Raya kedua dan doa selamat geng Jordan dirumah Sdr. Aziz. Gambar atas sekali 4 ex-Opus in Bahrain. Kira reunion la jugak. Seorg. lagi tak dapat bersama kami ialah Sdr.Wan Tajuddin kerana menunaikan ibadat Haji.
Hari Raya Korban di Bahrain. Ini dia jamuan raya, solat zohor dan tahlil dirumah salah seorang rakyak Malaysia di Golden Sand Apt. Manama. Aku tumpang raya je. He...he...he...Bawa buah tangan buah melaka merah je...