Selasa, 25 November 2008

Bahrain City Centre








Bahrain City Centre adalah satu lagi bukti kemampuan rakyat M'sia diluar negara. Baru saja siap bulan Oct 2008. Dimana WCT (M'sia kontraktor) adalah kontraktornya. Bijak...bijak... Merupakan shopping centre yang tercantik, tercanggih dan terbesar di Bahrain.

Carefour adalah main tenant and the other are locals. Susun atur Carefour disini sama seperti Tesco Puchong. Tak payah pening2 cari barang.

Maknanya setiap minggu la aku kat sini... Hah


Gold City & Bahrain Souq

















Hah... kepada yang suka shopping emas memang inilah the right place. Kata office mate aku (org. arab la), emas kat sini lagi tinggi quality dari Saudi(yang hajjah beli kat mekah tu). Aku dah servey2. Dia punya design pelik sikit. Pastu besar-besar belaka. Aku rasalah kalau beli kat sini banyak-banyak pastu cairkan dan buat desing baru kat M'sia, ok gak. He...he...he
Sini ada jual shisha dan abaya (jubah) memang cantik sungguh. Sapa-sapa nak kirim boleh wa belikan. (Nak bisness la pula...alamak).
Macam2 barang antik ada kat sini. Tapi aku tak minat.







Rabu, 19 November 2008

Bahrain Landmark




Important Info,

There are 3 Landmarks that I observed; The Twin Tower building is Bahrain WTC, the 2 curve buildings are Bahrain Financial Harbour and the building that beside under construction is Bahrain Islamic Bank.

The above buildings are my landmark to find places or to back my office. He...he...he...

Selasa, 18 November 2008

Al-Jazaer Beach

Al-Jazaer beach boleh tahan cantiknya. Airnya jernih dan bersih gila. Facalities -toilet banyak bersih-FOC, wakaf dan BBQ camps ada. Surau aku kena survey dulu, tak nampak. Gambar tak banyak camera bateri dah weak.
Ni kalau mandi kat dalam sikit ok gah ni. He...he...he...






Isnin, 17 November 2008

Tutuh Rambutan

Video ini dirakam oleh Mohd Niza Mohd Zuhkri.

Gambar Jalan-Jalan





Ini gambar biasa kat sini. Cuma bangunan pakai clay brick ni yang jarang ditemui. Biasa depa pakai cement brick.
Iklan Alicafe pun ada. He...he...he... Banner tu ialah ucapan tahniah daripada IJM dan local company sempena Hari Kemerdekaan Bahrain.



















SEEF MALL SHOOPING CENTRE














Disini biasanya kalau nak shooping baju, ke seluar boleh kot. Tak pasti tempat ni murah ke mahal. Barang2 nya mahal juga. Ok lah tengokla view dulu.
Shooping complex ni sedang dalam proses dibesarkan dan kontraktor yang bertanggungjawab ialah Sedia Bena iaitu orang kg Pak Lah. Bijak tu.



Fish Market in Bahrain























Apa yang aku cuba sampaikan disini ialah kesanggupan aku untuk pergi kepasar. Walaupun di Malaysia, pasar malam Saujana Puchong je aku mampu jengah... Ni nak jimat punya pasal. Lagipun dah tak sanggup nak makan briani arab hari2. Terharu juga aku tengok ramai juga orang miskin disini... dalam negara yang kayalah juga.
...Aku cuba pujuk diriku orang miskin dimana2 ada. "Kalau tiada yang miskin, tiadalah yang kaya". Ha...ha...ha...
Inilah pasar ikan, daging, sayur... senang cerita barang2 dapur boleh didapati. Segar2 belaka. Harganya paling berpatutan disini, aku rasa. Tujuh minit perjalanan dari Hoora(tempat tinggal), biasanya beli barang2 ni pagi jumaat, kena awal sikit pukul 7.00 pg. Kalau tidak parking susah. Baby ke, budak kecik ke sangatlah kurang sesuai kat pasar ni. Biasalah kelam kabut.









Selasa, 11 November 2008

Semangat Kerjasama

Semangat kerjasama antara client dan kontraktor jelas dipaparkan disini. Dari mengatur kon hingga mengisi air kedalam plastik barrier. Sikap menyalahkan orang lain jauh sekali wujud disini. Itu aku kagum. Walaupun proses traffic management agak lama dari pukul 8-10 am. Dengan segala kekurangan, akhirnya semua peraturan2 dapat dipatuhi juga. Polis trafik juga memberikan kerjasama yang sangat berkesan. Itu yang M'sia kalah dan langsung tak ada, walaupun kita mempunyai peralatan yang canggih.

Untuk pengentahuan tuan-tuan, suhu disini mencecah 43-45c hendak keluar kereta 1 minit pun orang kita tak mampu. Tapi itulah hakikat orang-orang disini cari makan.







Isnin, 10 November 2008

Rumah Saya dan meja office


Inilah rumah di Bahrain. Dengan lorong yang sempit dan penuh dengan kereta. Ha inilah aku paling tak suka gelasnya kecik sgt. 3x tambah baru rasa minum air, adoi.
Bye





Al Areen Wild Life, Bahrain
Ni kira macam zoo negara, Seronok dapat tengok binatang kat sini. Tambah pula musim sejuk sikit. Ok la. Kat sini rimau, singa, monyet, ular dan binatang yang merbahaya kira tak ada. Macam-macam jenis kambing, rusa dan burung ada. Ada bus bawak satu pusingan. Kira ok, kos BD1.(RM10). Ada cafe dan souvenir shop satu.




Gen 2 in Bahrain


Gen 2 in Bahrain.
Aku bangga juga, Walau disini Gen2 pun ada. Terubat hati aku kat Malaysia. Tadi masa buat traffic management(tutup jalan) nampak juga Gen2 putih, laju gila. Waja pun ada.
Kereta kat sini semua besar belaka. Jalan punyalah kecik. Diaorang bawak kereta, tak tahu mana one way, mana x u turn sama je. Parking suka-suka dia je. Saja-saja bunyikan hon. Hu... Seganas-ganas org Puchong bawak kereta manakan sama orang sini.
Caw dulu.